untuk kepastian dan pencerahan....
kepada rakyat Kelantan atau Terangganu... pernah ke radio (negeri) kerajaan siarkan khutbah jumaat disampaikan oleh mana2 pemimpin PAS...??? seperti mana yang didakwa oleh akhbar Utusan dan individu terbabit...
Ini lah surat khabar yang membodek dan menerbitkan sesuatu artikel yang macam sampah, aku orang pantai Timur, jika beliau kata berimamkan Imam di kampungnya tidak sah, macam mana pula dengan berimamkan radio kerana itu juga imam kerajaaan.
Fikirlah jauh sikit jika hendak buat bahan berita, rakyat sekarang nie cerdik dan berilmu dan tidak mudah untuk mendengar berita dari sebelah pihak sahaja.
Negara kita mengamalkan sistem demokrasi yang bebas katanya, mengikut pengetahuan aku tentang sistem demokrasi ialah setiap rakyat berhak bersuara dalam sistem politik, dan aku hendak kaitkan dengan Isu Amanat Haji Hadi, kamu hari-hari hentam tentang keburukan dan kejahatan Amanat dan temuramah masyarakat tentang keburukan amanat dan Haji Hadi.
Bagilah satu peluang untuk beliau mempertahankan diri dan menyatakan pandangan beliau berkenaan amanat itu..Fikirkanlah sebelum kamu hendak menyatakan kesesatan seseorang..
Wallahulam
Solat Jumaat Di Kelantan 'berimamkan' radio Kerana Amanat Haji Hadiutusan.com.my
PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.
Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.
Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas.
“Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.
Sumber: kakisembang.com
No comments:
Post a Comment