"Alhamdulillah
saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Ceramah serta Sambutan
Maulid Nabi di beberapa masjid di Rembau. Ada yang meriah, ada yang
boleh dimeriahkan lagi.
Antara yang meriah, yang ramai hadir para jemaah tempatan dan luar ialah Masjid Kg. Senama dan Masjid Kg Bongek. Yang tua, yang muda, kanak-kanak semua ada.
Antara yang meriah, yang ramai hadir para jemaah tempatan dan luar ialah Masjid Kg. Senama dan Masjid Kg Bongek. Yang tua, yang muda, kanak-kanak semua ada.
Yang sedikit sedih ialah
Masjid Kg Penajeh, yang hadir boleh dikatakan majoriti ialah golongan
usia emas. Kanak-kanak dan remaja boleh dibilang dengan jari.
Yang
memberi ceramah ialah Ustaz Wan Roslan Wan Ali dari SMA Sains Kuala
Pilah. Antara tetamu yang hadir dan sempat saya beramah mesra ialah Dato
Zaharuddin Sharif bekas ADUN Kota.
Mana
pergi para belia di kariah ini, tak kiralah samada dari UMNO ke, PAS
ke, PKR ke? Politik , politik juga, tapi masjid perlu diimarahkan
bersama.
Kalau saya dan Dato Zaharuddin
boleh bersama dalam satu majlis ilmu takkan pemuda-pemuda yang membela
bangsa, agama dan negara tidak dapat bersama dalam majlis ilmu yang
dinaungi para malaikat?
Nampaknya
pemimpin PAS, UMNO, PKR perlu lebih banyak berdakwah kepada ahli mereka
sendiri untuk mengimarahkan masjid, lebih-lebih lagi untuk solat jemaah.
Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment