KACANG PISTACHIO(Pistacia vera)
atau dipanggil sebagai 'Pistachio Nuts' adalah sejenis tumbuhan
kekacang dari keluarga Anacardiaceae yang popular. Kacang Pistachio yang
siap diproses dan dijual didalam paket harganya agak mahal untuk kita
di Malaysia membelinya berbanding dengan jenis-jenis kacang lain yang
dijual di pasaran. Banyak persoalan yang terfikir mengenai kacang
pistachio semasa saya ronda-ronda di Hypermarket MYDIN dimana ada banyak
kacang pistachio ini dijual.
Mengapa harga kacang pistachio
mahal?. Adakah kerana susah untuk menanam dan serta menghasilkannya?.
Apakah dia keistimewaan kacang pistachio ini ?. Dimana dan bagaimana
pokok kacang pistachio ini banyak ditanam?. Apakah cara pengurusan
penanaman kacang pistachio?.
Adakah kerana susah untuk menanam dan serta menghasilkannya?. Apakah
dia keistimewaan kacang pistachio ini ?. Dimana dan bagaimana pokok
kacang pistachio ini banyak ditanam?. Apakah cara pengurusan penanaman
kacang pistachio?. Apa yang saya pasti adalah kacang ini memang sangat
sedap dimakan dengan rasa lemak dan masin dimana semua gulungan daripada
kanak-kanak sehingga dewasa didapati amat menggemarinya.
Asal
usul kacang pistachio ini sebenarnya dari kawasan Iran dan juga Iraq
dimana ianya ditanam semanjak zaman dulukala di Taman Tergantung Babylon
sebagai tanaman eksotik. Pengeluaran kacang pistachio ini sebanyak
945,000 metrik tan setahun dengan negara Iran merupakan pengeluar utama
kacang ini sebanyak 450,000 mt setahun (hampir separuh bekalan dunia).
Negara lain yang ada menanam dan menghasilkan kacang pistachio adalah
USA (236,000 mt/tahun) dan Turki (128,888 mt/tahun). Negara lain adalah
seperti Syria, China, Itali, Greece dan Afghanistan yang mengeluarkan
kurang dari 50,000 mt/tahun. Bagaimana pun produktiviti pengeluaran
kacang pistachio tertinggi di USA terutama dikawasan California dengan
kadar 4.2 mt/ha berbanding dengan produktiviti di Iran cuma 1.2 mt/ha
sahaja. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kacang pistachio untuk menambahkn lagi ilmu pengetahuan anda semua yang membaca blog saya.Pokok Pistachio merupakan pokok saka yang mempunyai batang, dahan , ranting dan akar dalam (Lihat foto sebelah).
Ia perlukan kawasan panas dan sejuk dimana suhu -10 celcius sehingga
musim panas. Pokok pistachio tahan pada tanah yang agak masin (high salinity)
walau pun kandungan aie mengandungi garam 3,000 -4,000 ppm. Keadaan
suhu sejuk dengan kelembapan tingi bagaimana pun boleh menyebabkan
masaalah serangan reput akar. Rakan saya yang berpeluang melawat Iran
tahun lepas ada menceritakan bagaimana pokok kacang pistachio ditanam
dikawasan berbukit dibahagian utara Iran dengan banyaknya walau pun
diuruskan secara konvensional. Itulah sebabnya kadar produktiviti agak
rendah di Iran berbanding dengan kaedah pengurusan penanaman kacang
pistachio di USA yang moden dengan produktiviti sehingga 4 kali ganda.Tanaman
ini boleh mencecah ketinggian sehingga 10 meter (30 kaki) jika tidak
dijalankan program cantasan. Daunnya adalah berbentuk pinnate dengan
kedudukan bertentangan antara daun dan berwarna hijau. Saiz dun diantara
8 - 10 cm panjang dengan lebar daun 3 - 5 cm. Bunga kacang pistachio
keluar selepas musim sejuk atau pun musim bunga dimana daun-daun pokok
masih gugur dan di USA jika dilihat musim bunga akan kelihatan pokok ada
bunga sahaja. Bunga berwarna putih dengan 5-6 kelopak dan kembang untuk
menjalankan pendebungaan (Lihat foto bunga disebelah). Bunga
dan buah terbit dari satu jambak dengan banyak buah yang dipanggil
sebagai 'drupe'. Buah yang masak mempunyai lapisan kulit luar berwarna
putih krim yang sangat keras dan isinya dibahagian dalam merupakan
bahagian yang dimakan mempunyai pelbagi warna (lazimnya hijau),
saiz dan bentuk mengikut varieti. Kebanyakan bentuk buah kacang
pistachio adalah mempunyai bentuk bulat lonjong dengan bahagian hujung
tang tirus tajam.Pokok
yang berumur 8 - 10 tahun mula mengeluarkan hasil dengan kaedah menuai
menggunakan tangan memetik buah kacang ini. Di negara maju seperti USA
penggunaan alat jentera menuai kacang pistachio telah digunakan di
California dimana alat tersebut (Lihat foto sebelah) mampu
mengegarkan pokok dan biji kacang pistachio akan gugur seterusnya
dikutip dalam sistem 'belting conveyor'. Hasil kacang ini dikumpulkan
dan diproses untuk dijadikan pelbagai produk berasaskan kepada kacang
pistachio. Kajian menunjukkan satu pokok matang pistachio mampu
menghasilkan sehingga 50 kg sepokok setahun. Kacang pistachio yang
dituai ini akan di jemur dibawah sinaran matahari atau menggunakan alat
pengering khas menggunakan eletrik. Seterusnya pistachio akan dimasak (roasted) dan
diberikan perasa garam masin sebelum dibuat pembungkusan. Kacang
pistachio dipasarkan keseluruh dunia dengan bungkusan kedap udara untuk
ketahanan dan kualiti yang tahan lama. Wasallam!
KACANG PISTACHIO...SEDAP RASANYA... DI IRAN LUAS ... USA PULA EKSPOTNYA... KULITNYA KERAS... AGAK HIJAU ISINYA.. HARGANYA MAHAL... RAMAI SUKAINYA...By, M Anem Percint 11, Putrajaya, Malaysia (30 Safar 1434H)
Bacaan & Penterjemahan Surah Hud Ayat 88-98 Amrant Menggunakan Al-Quran Digital Abang Nawee Sangat Meminati Perjuangan Rakyat Palastine ...
EXCO
Kedah Darul Aman
Berbakti D' Hospital Jitra
Sahabat Usrah
Sadao Thailand
Breakfasting in Thailand
Bantuan Saudara Baru
Hj. Ibrahim Lai Abdullah
AHLI USRAH RUMAH TETAMU
1. Dr. Ahmad Suki - Pengerusi 2. Ustaz Sani Panjang Karim - Timb. Pengerusi 3. Cikgu Zin -
4. Cikgu Ahmad Zaki Bakar
5. Hj. Adi Hateem - YDP ABIM Kbg. Pasu 6. Ustaz Hafiz Mustafa Lubis - YDP ABIM Kedah 7. Hj. Md. Saad Othman8. Mr. Mohd Amrant Md. Aly - Exco ABIM Kedah
9. Ikhwan Fadzil
10.Mr. Helmi Bidin - Bendahari Abim Kbg. Pasu 11.Ustaz Zul Azri Sani - Timb. YDP Abim Kbg. Pasu
12. Ramlan Bidin 13. Ahmad Fadzli Yeop
14. Ku Mohd Nazri Ku Ahmad 15. Dr. Rahman
16. Mr. Hasballah
No comments:
Post a Comment