Presiden Umno Najib Razak dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan
Agung Umno ke-66 hari ini menggesa ahli-ahli Umno memberi tumpuan
kepada demografi pengundi Malaysia yang sudah berubah secara radikal
dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya, majoriti daripada 29 juta penduduk Malaysia kini lahir
selepas pembentukan Malaysia dan 70 peratus tinggal di kawasan bandar - menjadikan mereka lebih bermaklumat serta kritikal.
"Peningkatan taraf hidup, proses pembandaran, akses pendidikan,
kemajuan teknologi maklumat, komunikasi serta pengangkutan merubah keutamaan, selera, sistem nilai dan profil pengundi Malaysia.
"Citarasa dan jangkaan mereka terutamanya golongan muda telah bertukar dengan mendadak," katanya pagi tadi
Najib mula sedar bahawa dengan perubahan demografi pengundi ini, sukar bagi Umno/BN untuk menipu dan mengelirukan pengundi dengan media tradisional mereka iaitu suratkhabar arus perdana dan TV serta radio. Beliau faham benar bahawa rakyat tidak lagi menelan bulat-bulat segala maklumat yang disiarkan dalam media pencacai Umno/BN.
Bahang kesedaran rakyat untuk mencari kebenaran dengan mengakses kepada media alternatif sangat memeritkan Najib dan partinya sehingga beliau terpaksa menangguhkan PRU 13 hingga sekarang. Dalam keadaan yang teragak-agak Najib masih belum berani membubarkan parlimen walaupun pelbagai umpan dan habuah dicurahkan kepada rakyat dalam bentuk bantuan 'one off' dan sebagainya.
Kini beliau sedar rakyat sukar dgula-gulakan dengan apa juga bentuk. Sebab itu Najib tidak putus-putus berjanji untuk menjalankan transformasi dalam semua bidang.

No comments:
Post a Comment