skip to main |
skip to sidebar
Bukti wanita Gaza adalah paling subur di dunia
Bom demografi Palestin
terus menghantui Israel. Walaupun setiap bulan membunuh rakyat Palestin,
penjajah Zionis yahudi laknatullah tidak mampu menghentikan kadar
pertumbuhan penduduk Palestin yang terus meningkat. Angka kelahiran baru
yang dikeluarkan Pejabat awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza
sekaligus menjadi bukti bahawa wanita Gaza adalah wanita paling subur di
dunia.
Seperti dilaporkan oleh
InfoPalestina, data menunjukkan perbandingan angka kelahiran dan
kematian di Gaza adalah 15 berbanding 1. Sepanjang empat bulan terkini
terdapat 14280 angka kelahiran baru. Terdiri dari 7329 bayi lelaki, atau
51.3 peratus dan 6955 bayi perempuan atau 48.6 peratus. Ertinya, lebih
dari 155 angka kelahiran berlaku setiap harinya.
Sedangkan angka kematian
dalam tempoh yang sama berjumlah mencapai 974 orang. 523 orang atau
53.6 peratus daripadanya adalah lelaki dan 451 orang atau 46.3 peratus
adalah perempuan. Ertinya kematian di Gaza mencapai 10 orang setiap
harinya.
Data sebelumnya
menunjukkan wanita Gaza dikenali sebagai wanita paling subur di dunia.
Tahap kesuburan di Gaza mencapai 6 bayi satu wanita. Angka itu jauh di
atas paras kesuburan di Israel yang mencapai 2.6 bayi satu wanita.
Laporan UNICEF pada 3
Mac 2009 lalu juga menunjukkan Gaza mempunyai ramai berusia muda iaitu
793520 atau 56 peratus jumlah penduduk Gaza adalah anak muda. Sedangkan
Israel mempunyai kadar peratusan usia tua yang tinggi.
Diterjemah dari sumber globalmuslim
No comments:
Post a Comment