ULASAN
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada kenyataan ADUN
Kemelah dari BN, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar kerajaan
negeri Johor melaksanakan undang-undang Hudud ke atas orang Islam di
negeri berkenaan. Abim amat mengalu-alukan kenyataan tersebut dan
berpandangan bahawa ia sebagai satu petanda baik dalam arena politik
semasa.
Kenyataan sedemikian secara tidak langsung telah membuka mata seluruh rakyat bahawa agenda untuk melaksanakan hukum Hudud ini bukan agenda yang dimiliki oleh sesuatu golongan sahaja tetapi ia merupakan kewajipan yang digalas oleh seluruh umat Islam.
Dalam pada itu, Abim juga menegaskan bahawa cadangan seperti ini harus disambut baik oleh seluruh pemimpin Islam supaya ia tidak hanya sekadar menjadi polemik dan alat gimik politik untuk keuntungan politik pihak tertentu semata-mata.
Pelaksanaan Hukum Hudud ini melibatkan sistem perundangan negara yang turut menyentuh beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia memerlukan dokongan kuat dari institusi Parlimen.
Justeru ia memerlukan kehendak politik secara kolektif dan semestinya ia tidak akan berlaku hanya menerusi kenyataan seseorang individu.
Lantaran itu, Abim menyeru seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama tampil mengetengahkan agenda penerangan dan pendidikan berkenaan hukum Hudud ini bersama-sama agar ia benar-benar difahami oleh masyarakat.
Abim yakin melalui pelaksanaan program pendidikan dan penerangan secara sistematik dan jelas berkenaan pelaksanaan hukum hudud, masyarakat akan menerima pandangan lebih jelas tentang aspek keadilan dan hak asasi manusia yang turut ditekankan dalam pelaksanaan Hudud.
Dalam perkembangan berkaitan, menerusi agenda ini Abim yakin kesepakatan sesama Umat Islam yang telah dipisahkan dengan pelbagai ideologi politik akan tercapai.

MUHAMAD FAISAL ABDUL AZIZ adalah penolong setiausaha agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
No comments:
Post a Comment