Advertising

Thursday, November 29, 2012

Wanitapuassekslebihjelita

 



DIKATAKAN
hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.

Wajah berseriTidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?

Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.

Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.

Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.

Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.

Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.

Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.

Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.


* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita edisi terbaru

Pengantin Budak Berusia 13 Tahun Berkahwin


KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.
“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.
“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.
Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.


Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.
“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.
Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.
“Hanya Allah tahu perasaan saya… walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.
“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.
Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.
“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.
“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya. – MyMetro

ABIM kecam konsert Elton John, Jennifer Lopez

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam penganjuran Konsert Elton John (Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012), serta Konsert Jennifer Lopez (Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini).

Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala kita masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini.

Abim juga menilai penganjuran konsert seakan-akan menggambarkan sikap acuh tidak acuh pihak tertentu terhadap pelbagai bantahan yang dikemukakan terhadap penganjuran konsert-konsert serta program hiburan melampau membabitkan artis-artis dari luar negara.

Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja. Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif.

Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata.

Tambahan pula, salah seorang artis tersebut secara terbuka mengamalkan hubungan sejenis yang boleh memberikan ekspresi keteladanan yang salah di kalangan golongan muda.

Seharusnya ancaman LGBT serta beberapa gejala songsang yang lain membuatkan pihak-pihak yang berwajib lebih berwaspada serta berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan serta penganjuran hiburan membabitkan artis-artis luar negara.

Penganjuran kedua-dua konsert tersebut merupakan titik hitam di sebalik kemilau kebangkitan hiburan Islamik serta selebriti dakwah di negara ini. Ketegasan serta keprihatinan dari pihak berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari terus dibanjiri “idola” tanpa sebarang rujukan keteladanan yang positif.

Tuesday, October 30, 2012

Usrah 031012 Di Rumah Tetamu

Usrah Di Rumah Tetamu
 
Pandangan Dari Baba Nawawi...
 
Naqib Akil Sani & Baba Nawawi
 
Dr. Suki & Naqib Akil Sani Panjang Karim
 
Membaca Al-Quran
 
Baba Zahir
 
Baba Amrant

Usrah 200712 Di Rumah Tetamu

Surah Yang Di Baca
 
Baba Nawawi, Baba Adihatem & Baba Sani
 
Baba Helmi Bidin
 
 
 
Baba Hafiz, Baba Zaki & Baba Nawawi
 
Baba Hafiz Mustafa Lubis

Thursday, August 16, 2012

Dunia, Malaysia, Islam & Fatwa

 

 
NONEMinggu lalu saya membaca ulasan Profesor Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas gerakan Ikhwan Muslimin (Persaudaraan Umat Islam) Hassan Al Bana di Mesir. Baru-baru ini, Tariq telah hadir melawat Malaysia.

Dalam tulisan berjudul, "Being Muslim in the age of Globalisation" terbit di Gulf News, pada 6 Ogos yang lalu, beliau menekankan kepentingan umat Islam untuk membebaskan diri daripada mentaliti mangsa serta berusaha melobi bagi merubah salah tanggapan terhadap Islam dengan menggunakan perkakas alatan moden bagi memperjelas, mendidik dan melibatkan diri dengan dialog.

Ia tentunya suatu saranan yang wajar waras dan memberi pencerahan baru, penyuluh yang menerangi kegelapan terhadap nasib yang menimpa umat Islam, khususnya dan lebih penting umat manusia keseluruhannya.

Cahaya yang terhasil daripada ledakan api ataupun letupan kemusnahan daripada dunia Islam yang tersudut atau disudutkan sebelum dan selepas peristiwa serangan 11 September di Amerika Syarikat.

Islam dalam wacana media antarabangsa Barat telah menjadi sama seperti komunisme di era perang dingin yang lalu. Islam yang kaya dengan ragam amalan budaya dan keilmuannya, dalam sejarahnya yang rumit juga, telah dikotakkan dalam bingkai ideologi sempit.

september 11 2001 wtc attack 911Kenyataannya hari ini, di mana-mana pun juga di dunia, umat Islam memang menjadi mangsa. Di Palestin, Rohingya di Burma, di Kashmir, di Pattani, di Iraq, di Afghanistan.

Ia sepertimana yang didongengkan oleh para penulis seperti Samuel P Huntington dalam The Clash of Civilization.

Di sini ideologi bukanlah tidak menyelidiki masalah yang nyata ada. Ideologi menumpukan terhadap masalah yang benar-benar wujud tetapi ideologi memitoskan kenyataan tersebut menjadi dogma tunggal keyakinan.

Sebagaimana Islam - yang ditanggapi sebagai ideologi - cepat mensejagat dalam apa yang disebut sebagai "lambakan globalisasi maklumat" yang di pacu kepantasan teknologi dan kecepatan pergerakan, atau lebih tepat lagi pergerakan modal kapitalisme.

Kemudiannya di banyak bahagian dunia Islam, di timur tengah sedang berlaku perubahan politik yang memberi pengaruh besar terhadap dunia hari ini. Ini kerana timbul aliran baru yang memecahkan dogma pertembungan tamadun Islam-Barat, apabila bangun gerakan pendemokrasian di dunia Islam.

Di sisi ini, kita dapat melihat nasib umat Islam yang dimangsakan oleh elit pemerintah Islam itu sendiri, seperti di Mesir, Tunisia, Bahrain dan bahkan di Malaysia juga dulu dan kini.

Terjerat dalam selirat Internet
Persoalannya, bagaimana untuk menyeimbangkan yang lokal dan global lantas menjadi glokal di sebalik latar permasalahan ini? Lucu kedengarannya. Apatah lagi di saat sebahagian besar umat manusia di Malaysia menginginkan perubahan pemerintahan dan reformasi politik.

Misalannya bagaimana sikap umat Islam terhadap demokrasi dan hak asasi manusia, khususnya hak-hak minoriti. Kerana umat Islam di Malaysia, sebagai majoriti dapat menikmati hak-hak asasinya, seperti hak untuk mengerjakan ibadat serta tuntutan-tuntutan keagamaan.

Bagaimana pula layanan, dasar dan perundangan kita terhadap umat manusia minoriti di Malaysia pula, yang mana umat Islam menjadi majoritinya pula?

earthUmat Islam di Malaysia atas pengaruh globalisasi maklumat terpaksa atau perlu ambil tahu akan permasalahan umat-umat Islam di belahan dunia lainnya.

Di Xinjiang, umat Islam minoriti Uighur tidak dapat menunaikan ibadah puasa, rukun Islam ketiga atas larangan pihak berkuasa Parti Komunis China.

Manakala, di Thailand dan Burma pula melibatkan umat Islam minoriti di negara majoriti penganut ajaran Buddha. Di Filipina, majoriti penganut Katolik dan minoriti Islam di Mindanoa, Selatan Filipina.

Sebenarnya di dalam setiap permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam hari ini, ia sering berbalik kepada sistem pemerintahan, agihan kekayaan, kekuasaan negara tempat mereka bermaustatin, berbudaya dan berkehidupan.

Benar, kita mahukan dunia setempat yang lebih mensejagat. Kita mahukan cahaya matahari dan udara bersih segar masuk ke dalam rumah kita yang gelap. Bermakna kita perlu membuka pintu dan tingkap.

Yang penting kita perlu bersedia, kerana di luar sana terbentang dunia terbuka yang cukup luas dengan segala buruk dan baiknya.

Pada era globalisasi ini, kita semakin jauh meninggalkan politics of disinformation (era maklumat disekat/terhad) dan sedang meniti politics of misinformation (era lambakan maklumat, langit terbuka, pengetahuan tanpa batasan).

Kita di dalam peralihan, barangkali jalan yang belum lagi terbina atau tujuan yang masih jauh. Tetapi di alam maya kita telah terhubung dan bersambung, ada juga yang terjerat dalam selirat laman-laman sesawang di Internet.

Mercu sejarah Mekah dimusnahkan


Kadangkala kita hanya ingin mencari satu jawapan, tetapi carian enjin Google menemukan kita dengan jutaan jawapan terhadap satu pertanyaan.

Beberapa tahun yang lalu kita di kejutkan dengan kontroversi pelakon Rosnah Mat Aris berhubung kenyataannya terhadap isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah.

Pelakon itu bagaimanapun dilaporkan memohon maaf.

Pendapat awam umat Islam Malaysia seperti yang tercermin pada laporan serta perbincangan di dalam media-media tempatan menunjukkan kemarahan yang meluap-luap.

Kini, apakah maklum balas umat Islam Malaysia apabila diuji fikrah pemikiran, keyakinan dan pegangannya, terhadap perkembangan-perkembangan yang berlaku di serata dunia.

al marwa tower part of the abraj al bait towers complex mekah mecca 250209 03Katakanlah apa yang terjadi di Mekah, Arab Saudi. Bulan September tahun 2011, akhbar The Independent, melaporkan mercu tanda bersejarah Islam di kota suci Mekah dimusnahkan bagi memberi laluan pembinaan hotel-hotel gah dan gedung beli-belah mewah. Ia masih tentang Siti Khadijah.

Dalam laporan tersebut, wartawan Jerome Taylor menulis, "The house of the Prophet's first wife Khadijah has been turned into a toilet block."

Manakala makam Khadijah dan datuk Nabi SAW, Shaybah Ibn Hashem Ibn ‘Abd Al-Manaaf di Tanah Perkuburan Al-Ma'ala, juga telah diroboh musnahkan. Pada tahun 1998 dulu, makam ibu Nabi SAW, Aminah binti Wahab juga telah dirobohkan.

Jikalau globalisasi modal menerobos masuk ke kota suci Baitul Maqdis dengan industri persenjataan dan ketenteraannya.

Di Mekah pula, globalisasi modal, kapitalisme dan konsumerisme subur berkembang hasil limpahan rezeki petroleum, lantas bermegah membangunkan kota moden dengan merobohkan warisan sejarah ketamadunan Islam yang amat penting di kota kelahirannya itu.

Bukan pemujaan yang ingin diungkapkan di sini. Tetapi ia sekadar persoalan menguji diri kita sendiri, bagaimana agaknya hendak menjadi umat Islam di Malaysia dan di dunia dalam era globalisasi.

Terutamanya hal bersangkutan pensejagatan modal yang rakus dan dalam masa yang sama cuba menyantuni konsep warisan sejarah silam ketamadunan manusia setempat.

Misalnya Kota A Formosa, di Melaka, meski ia simbol kekuasaan penjajahan Portugis zaman lampau, kita cukup berbangga, melestari dan mengangkatnya sebagai warisan sejarah tanah air dan merupakan salah satu tarikan utama pelancongan negara.

Romantis ideolois berhubung hak asasi

Dalam konteks ini, mampukah umat Islam Malaysia, mengulang sentimen yang bersifat ideologikal dalam nada kemarahan serta kutukan yang sama terhadap pelakon Rosnah Mat Aris, di dalam kes perobohan makam Siti Khadijah serta ratusan tapak-tapak warisan tamadun Islam di Makkah.

Keengganan pemerintah Arab Saudi untuk membolehkan Unesco mengisyhtiharkan tapak-tapak warisan tersebut sebagai tapak warisan dunia, cukup menyedihkan.

Apakah kita benar-benar berupaya untuk keluar daripada kepompong ideologikal dalam mengemukakan sesuatu permasalahan dan mengakui hakikat kewujudan kita - berdiri sama tinggi, duduk sama rendah - atau kerdil, atau jaguh gagah perkasa - di persada antarabangsa, di seluruh jagat raya ini.

Sepertimana yang pernah terungkap dalam gagasan Negara-negara Berkecuali, di Persidangan Afro Afrika, pada suatu lembaran sejarah silam.

NONEAtau benarkah umat Islam Malaysia, lebih kecil lagi orang-orang Melayu - atau orang Umno saja - hanya tertarik dengan isu setempat semata-mata seperti isu DAP kafir harbi atau haram undi DAP?

Pada tahap-tahap tertentu, barangkali saya juga telah jatuh ke tahap romantis ideologis berhubung hak asasi manusia dan demokrasi.

Kerana saya fikir mekanisme hak asasi manusia dan demokrasi, dalam kesemua cacat cela dan kekurangannya, masih tetap dapat kita tanggapi sebagai kunci laluan perhubungan kemasyarakatan- perkakas perundangan dan skema piawaian antarabangsa - alat pertimbangan budaya dan keilmuan masa kini.

Ia agar umat Islam dapat hidup mensejagat, boleh berwujud dan merdeka untuk mengamalkan hak-hak keagamaannya, dalam masa yang sama, turut sama mempertahan, menghormati dan menikmati hak asasi manusia keseluruhannya.

Saya kira hak asasi manusia dan demokrasi dapat menjadi salah suatu jawapan terhadap seruan Tariq Ramadhan:

"Our commitment must be individual, local, national and worldwide. The dynamics that today have made Islam a problem have also transformed it into a question: it is the responsibility of Muslim women and Muslim men to step forward with confident answers."


Agar kita benar-benar menjadi warga setempat dan warga alam semesta (kosmopolitan) yang bermartabat. Maaf Zahir Batin. Selamat Hari Raya.



RAHMAT HARON adalah seorang penyair, penulis dan seniman antara disiplin sepenuh masa. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tuesday, August 14, 2012

ABIM Desak Kerajaan Semak Kualiti Sijil Tinggi Agama

 

5:10PM Ogos 14 2012 
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak kerajaan mengkaji semula kualiti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di negara ini.
  
Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata berdasarkan data Pusat Bahasa Arab Universiti Al-Azhar, hanya 109 daripada 591 calon STAM layak melanjutkan pelajaran ke universiti itu di Mesir.

Beliau berkata senario ini amat membimbangkan kerana hanya 20 peratus calon yang berjaya dalam peperiksaan prakemasukan (Imtihan Qabul) dan secara tidak langsung, menggambarkan penurunan kualiti lulusan STAM.

"Wujud pelajar yang berjaya mendapat keputusan 'Mumtaz' (cemerlang) tetapi gagal dalam  Imtihan Qabul tetapi dalam masa yang sama, wujud pelajar yang hanya mendapat keputusan 'Jayyid' (baik) tetapi berjaya dalam peperiksaan ini.

"Persoalannya, mengapa sejumlah besar ini gagal diterima masuk sedangkan sebelum ini, STAM dikenali sebagai sijil agama tertinggi dalam negara untuk membolehkan para pelajar melanjutkan pengajian ke sana," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Melati.

Amidi berkata kerajaan perlu memandang serius isu ini kerana kemasukan pelajar ke sekolah aliran agama semakin meningkat.

"Saya juga ingin menggesa supaya kerajaan menukarkan sistem peperiksaan STAM daripada rujukan norma kepada rujukan kriteria sepertimana dijalankan dalam beberapa peperiksaan prauniversiti luar negara demi menjaga kualiti pemarkahan.

Beliau berkata jika isu ini gagal diselesaikan, masyarakat akan berdepan masalah kekurangan pakar rujuk agama kerana generasi yang menceburi bidang itu gagal mencapai kelayakan sewajarnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Malaysia mengadakan perbincangan antara kerajaan bagi menangani proses kemasukan pelajar Malaysia ke Al-Azhar selain menghantar guru menjalani kursus latihan kendalian universiti itu serta memperkemas buku teks, bahan rujukan dan institusi pendidikan negara yang menawarkan STAM bagi membolehkan sistem pendidikan negara berkembang pesat.

"Masalah ini akan kami panjangkan kepada kerajaan menerusi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Aidilfitri ini untuk diambil tindakan oleh kerajaan.
  
"Pihak kami juga turut menyediakan saluran aduan bagi pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di alamat e-mel sap@abim.org.my atau hubungi talian 03-41084500," katanya.