Advertising

Sunday, March 3, 2013

LAHAD DATU: Kenyataan Media Pimpinan Pakatan Rakyat


KENYATAAN MEDIA
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
4 MAC 2013

Dato’ Seri Najib Razak sewajarnya menumpukan usaha memastikan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat sabah dan anggota pasukan keselamatan

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP

Usrah 120213 Di Rumah Tetamu











Tuesday, January 29, 2013

Berita Yg Disembunyikan Media utama. Dt Dr. Afifudin Dilantik Pro Canselor KUIN

Alhamdulillah.

KAMPUS KUIN KUALA KETIL SELAMAT DIRASMIKAN TUANKU SULTAN.

Tuanku as Sultan kelihatan sangat teruja dengan perkembangan luarbiasa kampus ini. Dengan kos RM 330 juta dan tanah seluas 830 ekar adalah mercutanda pembangunan ilmu dan aqal rakyat Kedah.

Pembinaan kampus ini tanpa bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan diejek oleh pemimpin Umno.



DS Ustaz MB dengan perkenan Tuanku melantik Dato Dr Afifuddin mantan Menteri Kewangan sebagai Pro Canselor KUIN. Seorang susuk yang layak walaupun bekas pemimpin Umno. Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Padang Terap. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.



Dewan Kuin dikenali Dewan Permaisuri Hajah Haminah



Dewan Induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang terletak di Kuala Ketil daerah Baling kini dikenali sebagai 'Dewan Permaisuri Hajah Haminah'.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengisytiharkan demikian sempena Perasmian Kampus Kuin dan Istiadat Konvokesyen Khas, pagi tadi.

Dewan yang berkapisiti 5,000 orang itu kini megah di laluan pintu masuk kampus yang berkeluasan 830 ekar yang mampu menempatkan 7,000 pelajar.

Hadir sama dalam konvokesyen bertemakan 'Penerokaan Ke Arah Kebijaksaan' itu ialah semua Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pro Canselor, Datuk Affifudin Omar dan Rektor Kuin, Datuk Wira Dr Jamil Osman.



Sumber:
pkrl.blogspot.com

Sedih ada masjid di kampung tak meriah sambut Maulid

 
"Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Ceramah serta Sambutan Maulid Nabi di beberapa masjid di Rembau. Ada yang meriah, ada yang boleh dimeriahkan lagi.



Antara yang meriah, yang ramai hadir para jemaah tempatan dan luar ialah Masjid Kg. Senama dan Masjid Kg Bongek. Yang tua, yang muda, kanak-kanak semua ada.
Yang sedikit sedih ialah Masjid Kg Penajeh, yang hadir boleh dikatakan majoriti ialah golongan usia emas. Kanak-kanak dan remaja boleh dibilang dengan jari.
Yang memberi ceramah ialah Ustaz Wan Roslan Wan Ali dari SMA Sains Kuala Pilah. Antara tetamu yang hadir dan sempat saya beramah mesra ialah Dato Zaharuddin Sharif bekas ADUN Kota.
Mana pergi para belia di kariah ini, tak kiralah samada dari UMNO ke, PAS ke, PKR ke? Politik , politik juga, tapi masjid perlu diimarahkan bersama.
Kalau saya dan Dato Zaharuddin boleh bersama dalam satu majlis ilmu takkan pemuda-pemuda yang membela bangsa, agama dan negara tidak dapat bersama dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat?
Nampaknya pemimpin PAS, UMNO, PKR perlu lebih banyak berdakwah kepada ahli mereka sendiri untuk mengimarahkan masjid, lebih-lebih lagi untuk solat jemaah.
Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Solat Jumaat Di Kelantan 'berimamkan' radio





untuk kepastian dan pencerahan....

kepada rakyat Kelantan atau Terangganu... pernah ke radio (negeri) kerajaan siarkan khutbah jumaat disampaikan oleh mana2 pemimpin PAS...??? seperti mana yang didakwa oleh akhbar Utusan dan individu terbabit...

Ini lah surat khabar yang membodek dan menerbitkan sesuatu artikel yang macam sampah, aku orang pantai Timur, jika beliau kata berimamkan Imam di kampungnya tidak sah, macam mana pula dengan berimamkan radio kerana itu juga imam kerajaaan.

Fikirlah jauh sikit jika hendak buat bahan berita, rakyat sekarang nie cerdik dan berilmu dan tidak mudah untuk mendengar berita dari sebelah pihak sahaja.

Negara kita mengamalkan sistem demokrasi yang bebas katanya, mengikut pengetahuan aku tentang sistem demokrasi ialah setiap rakyat berhak bersuara dalam sistem politik, dan aku hendak kaitkan dengan Isu Amanat Haji Hadi, kamu hari-hari hentam tentang keburukan dan kejahatan Amanat dan temuramah masyarakat tentang keburukan amanat dan Haji Hadi.

Bagilah satu peluang untuk beliau mempertahankan diri dan menyatakan pandangan beliau berkenaan amanat itu..Fikirkanlah sebelum kamu hendak menyatakan kesesatan seseorang..

Wallahulam

Solat Jumaat Di Kelantan 'berimamkan' radio Kerana Amanat Haji Hadi
utusan.com.my

PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.

Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.

Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas.

“Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.

Sumber:
kakisembang.com

Kenali Kacang Pistachio


KACANG PISTACHIO (Pistacia vera) atau dipanggil sebagai 'Pistachio Nuts' adalah sejenis tumbuhan kekacang dari keluarga Anacardiaceae yang popular. Kacang Pistachio yang siap diproses dan dijual didalam paket harganya agak mahal untuk kita di Malaysia membelinya berbanding dengan jenis-jenis kacang lain yang dijual di pasaran. Banyak persoalan yang terfikir mengenai kacang pistachio semasa saya ronda-ronda di Hypermarket MYDIN dimana ada banyak kacang pistachio ini dijual.

Mengapa harga kacang pistachio mahal?. Adakah kerana susah untuk menanam dan serta menghasilkannya?. Apakah dia keistimewaan kacang pistachio ini ?. Dimana dan bagaimana pokok kacang pistachio ini banyak ditanam?. Apakah cara pengurusan penanaman kacang pistachio?.

Adakah kerana susah untuk menanam dan serta menghasilkannya?. Apakah dia keistimewaan kacang pistachio ini ?. Dimana dan bagaimana pokok kacang pistachio ini banyak ditanam?. Apakah cara pengurusan penanaman kacang pistachio?. Apa yang saya pasti adalah kacang ini memang sangat sedap dimakan dengan rasa lemak dan masin dimana semua gulungan daripada kanak-kanak sehingga dewasa didapati amat menggemarinya.

Asal usul kacang pistachio ini sebenarnya dari kawasan Iran dan juga Iraq dimana ianya ditanam semanjak zaman dulukala di Taman Tergantung Babylon sebagai tanaman eksotik. Pengeluaran kacang pistachio ini sebanyak 945,000 metrik tan setahun dengan negara Iran merupakan pengeluar utama kacang ini sebanyak 450,000 mt setahun (hampir separuh bekalan dunia). Negara lain yang ada menanam dan menghasilkan kacang pistachio adalah USA (236,000 mt/tahun) dan Turki (128,888 mt/tahun). Negara lain adalah seperti Syria, China, Itali, Greece dan Afghanistan yang mengeluarkan kurang dari 50,000 mt/tahun. Bagaimana pun produktiviti pengeluaran kacang pistachio tertinggi di USA terutama dikawasan California dengan kadar 4.2 mt/ha berbanding dengan produktiviti di Iran cuma 1.2 mt/ha sahaja. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kacang pistachio untuk menambahkn lagi ilmu pengetahuan anda semua yang membaca blog saya.
Pokok Pistachio merupakan pokok saka yang mempunyai batang, dahan , ranting dan akar dalam (Lihat foto sebelah). Ia perlukan kawasan panas dan sejuk dimana suhu -10 celcius sehingga musim panas. Pokok pistachio tahan pada tanah yang agak masin (high salinity) walau pun kandungan aie mengandungi garam 3,000 -4,000 ppm. Keadaan suhu sejuk dengan kelembapan tingi bagaimana pun boleh menyebabkan masaalah serangan reput akar. Rakan saya yang berpeluang melawat Iran tahun lepas ada menceritakan bagaimana pokok kacang pistachio ditanam dikawasan berbukit dibahagian utara Iran dengan banyaknya walau pun diuruskan secara konvensional. Itulah sebabnya kadar produktiviti agak rendah di Iran berbanding dengan kaedah pengurusan penanaman kacang pistachio di USA yang moden dengan produktiviti sehingga 4 kali ganda.Tanaman ini boleh mencecah ketinggian sehingga 10 meter (30 kaki) jika tidak dijalankan program cantasan. Daunnya adalah berbentuk pinnate dengan kedudukan bertentangan antara daun dan berwarna hijau. Saiz dun diantara 8 - 10 cm panjang dengan lebar daun 3 - 5 cm. Bunga kacang pistachio keluar selepas musim sejuk atau pun musim bunga dimana daun-daun pokok masih gugur dan di USA jika dilihat musim bunga akan kelihatan pokok ada bunga sahaja. Bunga berwarna putih dengan 5-6 kelopak dan kembang untuk menjalankan pendebungaan (Lihat foto bunga disebelah). Bunga dan buah terbit dari satu jambak dengan banyak buah yang dipanggil sebagai 'drupe'. Buah yang masak mempunyai lapisan kulit luar berwarna putih krim yang sangat keras dan isinya dibahagian dalam merupakan bahagian yang dimakan mempunyai pelbagi warna (lazimnya hijau), saiz dan bentuk mengikut varieti. Kebanyakan bentuk buah kacang pistachio adalah mempunyai bentuk bulat lonjong dengan bahagian hujung tang tirus tajam.Pokok yang berumur 8 - 10 tahun mula mengeluarkan hasil dengan kaedah menuai menggunakan tangan memetik buah kacang ini. Di negara maju seperti USA penggunaan alat jentera menuai kacang pistachio telah digunakan di California dimana alat tersebut (Lihat foto sebelah) mampu mengegarkan pokok dan biji kacang pistachio akan gugur seterusnya dikutip dalam sistem 'belting conveyor'. Hasil kacang ini dikumpulkan dan diproses untuk dijadikan pelbagai produk berasaskan kepada kacang pistachio. Kajian menunjukkan satu pokok matang pistachio mampu menghasilkan sehingga 50 kg sepokok setahun. Kacang pistachio yang dituai ini akan di jemur dibawah sinaran matahari atau menggunakan alat pengering khas menggunakan eletrik. Seterusnya pistachio akan dimasak (roasted) dan diberikan perasa garam masin sebelum dibuat pembungkusan. Kacang pistachio dipasarkan keseluruh dunia dengan bungkusan kedap udara untuk ketahanan dan kualiti yang tahan lama.
Wasallam!

KACANG PISTACHIO...SEDAP RASANYA...
DI IRAN LUAS ... USA PULA EKSPOTNYA...
KULITNYA KERAS... AGAK HIJAU ISINYA..
HARGANYA MAHAL... RAMAI SUKAINYA...
By,
M Anem
Percint 11, Putrajaya,
Malaysia
(30 Safar 1434H)


Sumber:
animhosnan.blogspot.com

Usrah 300113 Di Rumah Tetamu

Surah Al-Israa' Ayat 110 - 111
 
Sila Lihat Ayat 110 Surah Al-Israa'
 
Minggu Depan Masuk Surah Al-Khafi Ayat 1 - 10
 
Baba Amrant Sebagai Tekong
 
Dr.
 
2 Sahabat Baru
 
Akil Abdul Manaf
 
Akil Zulkifli
 
Bersama Baba Hj. Saad
 
Hj. Saad & Akil Sani
 
Baba Amrant Dengan Oreng jus + Halia
 
Akil Sani Panjang Karim Sebagai Pengerusi
 
Baba Zul

Dinner Bersama Dato' Sidek Fazil 121212


Seri Mentalon Hall
Jemputan Bertaraf Baba
 
Baba Helmi & Baba Amrant
 
49?
 
Baba Sani Panjang Karim & Sahabat
 
2 Tokoh
 
Para Jemputan
 
Zaujah Para Perjuang
 
Baba Amrant, Baba Helmi & Baba Abdullah
 
Mantan SU KP & Dr. @ White
 
Zaujah Para Perjuang
 
 
Zaujah Para Perjuang
 
Dr.
 
Baba Ahmad Zaki
 
49 The Best Table
 
Unplugged In Mentalon