Advertising

Monday, July 9, 2012

Jangan ada hudud Pas atau Umno

              
Wartawan Sinar Harian
8 Julai 2012
Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (Adim) Kedah, Hafiz Mustafa Lubis
Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (Adim) Kedah, Hafiz Mustafa Lubis
ALOR SETAR - Semua pihak diminta berlapang dada berhubung cadangan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, yang mencadangkan pelaksanaan undang-undang hudud di Johor, agar tidak wujud situasi hudud ala Pas atau hudud ala Umno.

Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (Adim) Kedah, Hafiz Mustafa Lubis berkata, Abim di negeri ini menyokong penuh cadangan berkenaan dan meletakkan persoalan mengenai keikhlasan pencadangnya itu di tempat kedua.

Menurutnya, cadangan itu amat baik, malah sebaiknya ia tidak hanya dilaksanakan di Johor sahaja sebaliknya di seluruh negara.

“Kita mengharapkan agar isu ini tidak sekadar dijadikan faktor penarik dalam politik sebalik menyeru semua pihak agar berlapang dada dan meninggalkan parti masing-masing jika ingin membincangkan isu hudud secara serius.

“Hudud cuma ada satu, tidak ada ala Umno atau ala Pas. Jika mahu seribu daya namun jika tidak mahu seribu dalih,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, hudud sebenarnya memberi kesejahteraan kepada semua pihak dan bantahan yang diterima ialah daripada golongan masyarakat yang kurang memahami mengenai pelaksanaannya.

“Kerajaan ketika ini mempunyai pelbagai saluran media massa untuk membolehkan mereka memperjelas mengenai undang-undang hudud kepada masyarakat bukan
Islam.

“Dari segi pindaan enakmen negeri, ia boleh dipinda jika mahu. Jangan menggunakan pelbagai alasan untuk mengelak pelaksanaannya.

“Perkara (cadangan) ini baik, patut terima, malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menjadi antara individu terawal yang menyatakan persetujuan dan menyokong cadangan itu,” katanya.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah turut menyatakan sokongan terhadap cadangan pelaksanaan undang-undang hudud di Johor.

Pengerusinya, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, undang-undang hudud adalah undang-undang ALLAH SWT.

“Ini bererti ia merupakan undang-undang untuk mendidik masyarakat dan sesuai sepanjang zaman,” katanya.

Sunday, July 8, 2012

Abim: Jadikan Hudud Agenda Bersama

  • Muhamad Faisal Abdul Aziz
  • 9:12AM Jul 9 2012
 
ULASAN Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada kenyataan ADUN Kemelah dari BN, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar kerajaan negeri Johor melaksanakan undang-undang Hudud ke atas orang Islam di negeri berkenaan. Abim amat mengalu-alukan kenyataan tersebut dan berpandangan bahawa ia sebagai satu petanda baik dalam arena politik semasa.

Kenyataan sedemikian secara tidak langsung telah membuka mata seluruh rakyat bahawa agenda untuk melaksanakan hukum Hudud ini bukan agenda yang dimiliki oleh sesuatu golongan sahaja tetapi ia merupakan kewajipan yang digalas oleh seluruh umat Islam.

Dalam pada itu, Abim juga menegaskan bahawa cadangan seperti ini harus disambut baik oleh seluruh pemimpin Islam supaya ia tidak hanya sekadar menjadi polemik dan alat gimik politik untuk keuntungan politik pihak tertentu semata-mata.

Pelaksanaan Hukum Hudud ini melibatkan sistem perundangan negara yang turut menyentuh beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia memerlukan dokongan kuat dari institusi Parlimen.

Justeru ia memerlukan kehendak politik secara kolektif dan semestinya ia tidak akan berlaku hanya menerusi kenyataan seseorang individu.

Lantaran itu, Abim menyeru seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama tampil mengetengahkan agenda penerangan dan pendidikan berkenaan hukum Hudud ini bersama-sama agar ia benar-benar difahami oleh masyarakat.

Abim yakin melalui pelaksanaan program pendidikan dan penerangan secara sistematik dan jelas berkenaan pelaksanaan hukum hudud, masyarakat akan menerima pandangan lebih jelas  tentang aspek keadilan dan hak asasi manusia yang turut ditekankan dalam pelaksanaan Hudud.

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi agenda ini Abim yakin kesepakatan sesama Umat Islam yang telah dipisahkan dengan pelbagai ideologi politik akan tercapai.

MUHAMAD FAISAL ABDUL AZIZ adalah penolong setiausaha agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

Tuesday, May 22, 2012

Meraikan Bapak Cemerlang

Usrah Meraikan Bapa Cemerlang SPM'11
Bapa Cemerlang Dr. Suki
Bapa Cemerlang Hj. Saad
Dr. Suki Di Raikan Para Sahabat

Cikgu Zaki Juga Bapa Cemerlang
Rakan Usrah Kubang Pasu
Semua Hadiah Di Sumbangkan Oleh ABIM
Kubang Pasu Yang Di Sampaikan
Oleh YDP KP Hj. Adihatem

Usrah 300412 Di Rumah Tetamu

 Baba Nawi

 Pengerusi Usrah & YDP KP

 Hj. Ibrahim Lai

 Sahabat Baru Abdul Basyir

 Hj. Saad & Baba Abdul Basyir



Thursday, March 22, 2012

Tahniah Anak Cemerlang SPM 2011



Dr. Suki
"Alhamdulillah Anak Lelaki Ana
Keputusan SPM 2011 11A"

Cikgu Zaki
"Alhamdulillah Anak
Permpuan Ana Dapat 9A"

Hj. Saad Othman

"Alhamdulillah anak ana akan ke Jordan..."

Rakan2 Usrah dan NGO mengucapkan tahniah kepada dua sahabat iaitu Dr. Suki dan Cikgu Zaki diatas kecemerlangan anak masing2 keputusan SPM 2011 yang diumumkan pada 20 Mac 2012.

Usrah 260312 Di Rumah Adihateem


Usrah Di Rumah Adihateem

Pengerusi Usrah Berbaju Pink

Kehadiran Memberansangkan

Tuan Rumah & Baba Nawi

Baba Helmi Bendahari Usrah

Baba Zin Sampai

Pengerusi Usrah

Bacaan Al-Quran

Baba Fazli Seorang Perjuang

Masa Hidangan

Masa Berjuadah

Hj. Saad & Adihatem

Masa Perjuangan Makan & Minum

Usrah 010212 Rumah Kapten Amirullah


Usrah Malam Awal Tahun 2012

Dr. Suki Mantan YDP KP

Baba Zin Mantan Guru BPG

Hidangan Kumpulan Ustaz Majid

Tokoh Muda Ustaz Azwan

Ustaz Majid & Sahabat

Talam Perjuang

Anak Sulong Tuan Rumah

Solat Insya Berjemaah

Terima Kasih Tuan Rumah

Kumpulan Usrah Mingguan