Advertising

Thursday, November 29, 2012

RABIAH AL-ADAWIYAH

 

Gambar hiasan saja.
RABIAH BASRI atau lebih dikenali sebagai Rabiah al-Adwiyah adalah salah seorang wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia telah meninggalkan segala-galanya yang bersifat duniawi dan mengabadikan sepenuhnya dirinya kepada Allah SWT.

Dia telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Mempunyai empat orang adik beradik. Kelahirannya telah diliputi bermacam-macam cerita yang aneh-aneh.  Pada malam dia dilahirkan, di rumahnya tidak mempunyai apa-apa bahkan minyak untuk menyalakan lampu pun tiada. Malahan secebis kain untuk membalut dirinya apabila dilahirkan kelak juga tidak ada. Ibunya meminta ayah Rabiah supaya meminjam pelita minyak daripada jiran mereka. Ini merupakan cubaan bagi si ayah yang malang itu.
 
Sebelum itu ayahnya telah berjanji kepada Allah untuk tidak  meminta pertolongan dari sesiapa. Oleh kerana keadaan terdesak maka dia pun  pergi juga ke rumah jirannya. Sebaik saja tiba di rumah jirannya, dia terus mengetuk pintu rumah jirannya itu. Malangnya tiada jawapan pun dari dalam rumah itu. Dia berasa lega dan mengucap syukur kepada Allah kerana tidak ingkar pada janjinya.

Setelah itu dia pun pulang ke rumahnya dan terus tidur. Pada malam itu dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Dalam mimpinya itu Nabi Muhammad SAW telah memberikan tanda kepadanya dengan menyatakan bahawa anaknya yang bakal  dilahirkan itu telah ditakdirkan akan menduduki tempat paling tinggi di sisi Allah.

Tidak berapa lama setelah Rabiah dilahirkan kedua –dua ibu bapanya telah meninggal dunia, manakala ketiga-tiga orang kakaknya turut meninggal dunia akibat kelaparan yang ketika itu melanda Basra. Rabiatul kemudiannya dipelihara oleh seorang lelaki yang kejam. Dia telah dijual sebagai hamba dengan harga yang rendah. Majikannya juga bengis orangnya.

Dalam usia yang masih muda dia telah menghabiskan waktunya dengan melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya dia sentiasa berdoa ke hadrat IIiahi.

Pada suatu malam, majikannya telah melihat tanda kebesaran rohani Rabiah iaitu ketika Rabiah berdoa kepada Allah, katanya: “Ya Rabbi ! Engkau telah menjadikan aku budak belian seorang manusia sehingga aku terpaksa mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akan persembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk berdoa kepada-Mu”.

Tiba-tiba sebaik saja dia selesai berdoa, ternampak satu cahaya mendekati kepalanya. Melihat kejadian itu majikannya menjadi terlalu takut. Keesokan harinya Rabiah telah dimerdekakan.

Memperhambakan Diri

Setelah dibebaskan, Rabiah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani hidup dengan  bertawaduk kepada Tuhan. Akhirnya dia sampai ke sebuah pondok dekat dengan Basra. Di situ dia hidup seperti bertapa. Segulung tikar, sebuah kendi diperbuat daripada tanah, seketul batu bata. Semuanya itu merupakan harta yang dimilikinya.

Di pondok itu keseluruhan waktunya digunakan untuk mengabdikan diri berdoa.  Pada suatu hari dia telah didatangi oleh sekumpulan orang bertujuan untuk meminangnya. Orang ramai itu adalah wakil kepada Gabenor Basra. Oleh kerana dia terlalu sibuk mengabadikan dirinya kepada Allah, maka diapun menolak pinangan itu.

Pada ketika yang lain Sufian Suri seorang soleh dan dihormati datang menemui Rabiah. Sebaik saja dia sampai dia terus berdoa: “Ya Allah! Tuhan Yang Maha Kuasa, aku mohon harta duniawi dariMu”. Mendengar isi doa itu, Rabiah pun menangis. Lantas Sufian Suri pun bertanya kenapa dia menangis, maka Rabiah pun berkata : “ Harta itu sesungguhnya didapati setelah meninggalkan segala yang bersifat duniawi ini, dan aku melihat anda hanya mencarinya di dunia ini saja”.

Menurut satu riwayat, ada seorang insan telah mengirim wang sebanyak empat puluh dinar kepada Rabiah, lantas dia pun menangis seraya mengangkat tangannya : “Engkau tahu Ya Allah ! Aku tidak pernah meminta harta dunia dari Mu, meskipun Engkau pencipta dunia ini. Lantas bagaimana aku dapat menerima wang dari seseorang, sedangkan wang itu sesungguhnya bukan kepunyaannya.

Setiap kali dia mengajar muridnya dia sentiasa menasihati mereka agar jangan menunjukkan perbuatan baik itu kepada sesiapa pun, malahan mereka diharuskan menutupi  perbuatan baik itu sebagaimana mereka menutupi perbuatan jahat mereka.

Segala penyakit datangnya adalah atas kehendak Allah, kerana itu Rabiah selalu menghadapinya dengan hati  yang tabah dan berani.  Rasa sakit yang bagaimana pun tidak pernah mengganggunya. Dia seringkali tidak menyedari ada bahagian tubuhnya yang terluka sampai dia diberitahu oleh orang lain.

Suatu hari dia telah terlanggar pokok yang menyebabkan kepalanya berdarah, kemudian seseorang telah bertanya : “Apakah anda tidak berasa sakit?”.  Jawab Rabiah “Aku dengan seluruh jiwa ragaku mengabdikan diri kepada Allah SWT. Aku berhubung erat denganNya, aku disibukkanNya dengan hal-hal lain daripada apa yang kamu rasakan”, jawabnya lembut.

Semasa hayatnya, banyak keajaiban telah dikaitkan dengan Rabiah. Antaranya, Rabiah mendapat makanan daripada tetamunya melalui jalan yang aneh-aneh.  Diriwayatkan bahawa, ketika Rabiah sedang menghadapi sakaratul maut, dia meminta teman-temannya meninggalkan dia seorang diri. Kemudian dia mempersilakan para utusan Allah datang kepadanya.

Sewaktu teman-temannya berjalan keluar mereka terdengar Rabiah mengucapkan syahadah, dan ada pula suara yang menjawab: “Jiwa, tenanglah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu pada-Nya, ini akan memberikan kepuasan kepadanya”.

Di antara doa-doa yang tercatat berasal dari Rabiah ialah doa yang dipanjatkannya pada waktu malam di atas atap rumahnya, katanya: “ Oh…Tuhanku, bintang-bintang bersinar bergemerlapan, manusia sudah tidur nyenyak dan raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang bercinta sedang asyik dengan kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian bersamaMu”.

Manakala doa lainnya :”Ya Rabbi, bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah diriku di dalamnya. Bila aku menyembah Mu,kerana mengharapkan syurga jauhkan aku dari sana. Namun jika aku menyembah Mu hanya kerana Engkau, maka janganlah Engkau tutup keindahan abadiMu”.

Rabiah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi. Dia telah dimakamkan di rumah tempat dia tinggal. Ketika jenazahnya diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut mengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya.

Cintailah Allah kerana Dia mencintai kita, tunaikanlah perintah Allah kerana Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana Allah, sebab yang akan menilai setiap amal adalah Allah.

Apabila kita rapat dengan Allah maka sudah semestinya kita akan menjadi orang kesayangan Allah dan semua makhluknya, dan pada hari pengadilan nanti sudah tentu Allah tidak akan memberatkan pertanyaan ke atas hambaNya yang sangat takut kepadaNya.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada fahaman-fahaman Yahudi, Nasrani dan fahaman-fahaman karut yang dapat menyesatkan kami, dan selamatkanlah kamu semua di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya akhirat itulaah tempat kami dann tujuan hidup kami”. Amin
Sumber: Kisah-Kisah Benar 7. NurulHas
 cintarindurasul.blogspot

Top 10 Makanan Berbahaya Di Malaysia

1. Roti Canai

 Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

 

2. Nasi Lemak

Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang erlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

3. Fast Food

Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. Local Fast Food a.k.a Mamak

Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

5. Donuts

Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

6. Pisang Goreng

Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. Minuman Bergula

Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. Teh Tarik

1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. Kuih Muih

Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi

Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.

Bonus: Gaya Hidup.

Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.
 utiup.blogspot.com

Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android

Bagi korang yang tidak tahu menahu mengenai kod-kod rahsia aplikasi Android di dalam telefon pintar korang tu..Hal ini kerana, kod-kod ini tidak disediakan dalam manual pembelian telefon pintar dan ada sesetengah daripadanya amat sukar untuk ditemui di dalam Internet..Jadi kalau korang nak tahu apa kod-kod rahsia tersebut, meh usha kat bawah ni..

 
 
1. Tests
 
- *#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor

- *#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh

- *#*#2663#*#* – Versi skrin sentuh

- *#*#0*#*#* – Ujian LCD

- *#*#0673#*#* OR *#*#0289#*#* – Ujian melodi/irama

- *#*#0842#*#* – Ujian peranti (Device) [Ujian getaran dan ujian latar]  

- *#*#3264#*#* – Versi RAM

- *#*#0283#*#* – Paket Loopback

- *#*#232331#*#* - Ujian Bluetooth

- *#*#232337#*# - Tunjukkan tempat peranti Bluetooth

- *#*#232338#*#* – Tunjukkan tempat MAC Wifi

- *#*#1472365#*#* - Ujian GPS

- *#*#1575#*#* - Satu lagi ujian GPS

2. Mendapatkan Maklumat Firmware. 

- *#*#1234#*#* – PDA dan telefon

- *#*#1111#*#* – Versi FTA SW 

- *#*#2222#*#* – Versi FTA HW  

- *#*#44336#*#* – PDA, Phone, CSC, Build Time, nombor Changelist 

- *#*#4986*2650468#*#* – PDA, Phone, H/W, RF Call Date 

3. Sokongan 

- *#*#273283*255*663282*#*#* - Menu di mana anda boleh membuat fail sokongan anda

4. Mode Perkhidmatan 

- *#*#197328640#*#* - Anda boleh menukar settings atau jalankan ujian dalam mode perkhidmatan 

5. Tukar ”End Call / butang Power" 

- *#*#7594#*#* - Tukar “End Call / butang Power dalam telefon anda

6. Reset Telefon 

- *2767*3855# – Digunakan untuk reset semula telefon anda kepada setting yang asal. Berhati-hati kerana kod ini mampu memadamkan semua file dan setting anda sebelum ini.

- *#*#7780#*#* - Menjalankan semula setting yang asal selepas di reset dan membuang akaun Google yang di simpan di dalam telefon anda, muat turun aplikasi, sistem dan data-data aplikasi dan setting.

7. Maklumat mengenai telefon anda. 

- *#*#4636#*#*- Tunjukkan kepada anda: informasi bateri, sejarah bateri, maklumat telefon, dan statistik penggunaan.

*PERHATIAN* - Aku sendiri pun tak berapa nak pasti atau yakin tentang berapa banyak kod yang boleh berfungsi ke atas versi Android dalam telefon pintar korang. Beberapa versi Android yang lebih lama mungkin tidak akan berfungsi dan beberapa versi Android yang lebih baru mungkin telah dibuang atau diubah. Kalau nak tahu, cuba lah sendiri..

p/s: Kod rahsia untuk aplikasi iOS tak jumpa lagi..Mungkin tak ada kot.
drysheetblogsport

Asy-Syahid Ir. Yahya Ayyash : Hero Palestin

 


JOM KENALI SIAPA  "ASY-SYAHID IR.YAHYA AYYASH"

Beliau pemuda yang hatinya diilhamkan Allah dengan nur yang memberkati ini. Beliau mewaqafkan seluruh jiwannya untuk Palestine dan Islam. Bertarung untuk mendapatkan kebebasan dan maruah yg telah diragut pada awal abad ke-20 oleh bangsa, bangsa Yahudi Laknatullah.

Ceritanya bermula di Rafah, tempat kelahiran seorang pejuang Islam yang menghambakan seluruh hidupnya untuk mendapatkan syahid Allah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966. Pada hari tersebut menyaksikan lahirnya Hero umat Islam yang bakal menggemparkan bangsa Yahudi. “Hero” umat Islam ini dinamakan dengan nama Yahya Ayyash.
Yahya bermaksud untuk hidup manakalaa Ayyash bermaksud seseorang yg menjalani kehidupan yg . Bertepatan dengan namanya, beliau telah hidup dihatiku dan hati2 umat Islam dalam jangkamasa yg lama dan namanya akan terus mekar seiring masa berjalan walaupun hayatnya di dunia ini tidaklah sepanjang namanya.

Engineer yang Genius

Ayyash menamatkan persekolahan menengah atasnya di Rafah dengan keputusan yg cemerlang dan melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering di Beit Zeit Univertsity. Ayyash menerima ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988 ketika umurnya 22 tahun. Ayyash pada asalnya mahu melanjutkan pelajaran ke bidang master di luar negara tetapi rejim Zionis menghalangnya dari berbuat demikian.

Dia kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam dimana beliau menyumbangkan kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah yg mudah didapati di Palestine. Beliau adalah orang yg bertanggungjawab terhadap teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim Zionis.

Seorang Lelaki yang sederhana

Sesiapa yg berkesempatan bertemu dan berbicara dengan Ayyash akan mengatakan bahawa belau adalah seorang biasa yg cintakan keluarganya, jiran tetangganya dan tanah air tumpah darahnya. Setiap insan yg mengenali ayyash akan mencintainya kerana beliau adalah model seorang yg sederhana dan senang menolong orang yg memerlukan. Dengan melihat matanya sahaja kita dapat mengetahui bahwa beliau adalah seorang yg rendah diri dan sederhana. Dalam jiwanya bagaimanapun tersembunyi cita2 besar dan murni seorang lelaki.
The Engineer – Bapa Operasi Syahid

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam. Apabila Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.

Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalm sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, belaiu telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat datang dari pihak Islam sendiri.

Disebabkan keazamannya menentang musuh2 Allah, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” (Al-Muhandis didalam Arab). Amat penting untuk dinyatakan disini bahwa pihak musuh yg memberikan beliau gelaran ini dan bukan orang2 Palestine ataupun Hamas.Ayyash bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin.
Seorang Yang Menunaikan Kesaksiannya

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Secara tiba2 sekumpulan lelaki melaungkan Ayyash terbunuh! Ayyash di terbunuh! Seluruh masyarakat Palestin terdiam, tergamam, terkejut….mereka menangis di jalan-jalan, di dalam kereta-kereta, di balkoni-balkoni, dan di dalam bilik-bilik mereka. Kanak-kanak kecil meninggalkan sekolah untuk mencari tempat untuk melepaskan kesedihan mereka akibat kematian seorang hero. Ayyash dibunuh oleh bangsa Yahudi Laknatullah.
Setiap makhluk bersedih dan marah, pokok-pokok kelihatan menahan kemarahan, burung-burung berterbangan tidak tentu hala akibat kemarahan yg amat sangat, angin berhenti bertiup dan gelombang-gelombang di lautan terhenti. Hanya bangsa Zalim dan kejam kelihatan gembira meraikan kematian Ayyash. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionist yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.

Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap rancangan dajjal mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bodoh dan pengecut, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka.
AL-FATIHAH!
muntahpelangiblogsport

Bukti wanita Gaza adalah paling subur di dunia

 

Bom demografi Palestin terus menghantui Israel. Walaupun setiap bulan membunuh rakyat Palestin, penjajah Zionis yahudi laknatullah tidak mampu menghentikan kadar pertumbuhan penduduk Palestin yang terus meningkat. Angka kelahiran baru yang dikeluarkan Pejabat awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza sekaligus menjadi bukti bahawa wanita Gaza adalah wanita paling subur di dunia.
 
 
Seperti dilaporkan oleh InfoPalestina, data menunjukkan perbandingan angka kelahiran dan kematian di Gaza adalah 15 berbanding 1. Sepanjang empat bulan terkini terdapat 14280 angka kelahiran baru. Terdiri dari 7329 bayi lelaki, atau 51.3 peratus dan 6955 bayi perempuan atau 48.6 peratus. Ertinya, lebih dari 155 angka kelahiran berlaku setiap harinya.

Sedangkan angka kematian dalam tempoh yang sama berjumlah mencapai 974 orang. 523 orang atau 53.6 peratus daripadanya adalah lelaki dan 451 orang atau 46.3 peratus adalah perempuan. Ertinya kematian di Gaza mencapai 10 orang setiap harinya.

Data sebelumnya menunjukkan wanita Gaza dikenali sebagai wanita paling subur di dunia. Tahap kesuburan di Gaza mencapai 6 bayi satu wanita. Angka itu jauh di atas paras kesuburan di Israel yang mencapai 2.6 bayi satu wanita.

Laporan UNICEF pada 3 Mac 2009 lalu juga menunjukkan Gaza mempunyai ramai berusia muda iaitu 793520 atau 56 peratus jumlah penduduk Gaza adalah anak muda. Sedangkan Israel mempunyai kadar peratusan usia tua yang tinggi.
Diterjemah dari sumber globalmuslim

MAYAT Perisik Is

 


Enam lelaki yang didakwa sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret melalui jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki ketika pengumuman Israel yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa wilayah kerana mereka akang melakukan serangan darat.
Menurut seorang saksi, enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke sebuah persimpangan jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya ditembak kerana memberikan maklumat risikan yang membantu Israel mengetahui kedudukan tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk dijadikan sasaran oleh pesawat pejuang mereka.
 
 
Nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa rakyat Palestin - separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan.

NAJIB MULA SEDAR RAKYAT SUKAR DITIPU DAN DIKELIRUKAN

 

Presiden Umno Najib Razak dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini menggesa ahli-ahli Umno memberi tumpuan kepada demografi pengundi  Malaysia yang sudah berubah secara radikal dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya, majoriti daripada 29 juta penduduk Malaysia kini lahir
selepas pembentukan Malaysia dan 70 peratus tinggal di kawasan bandar - menjadikan mereka lebih bermaklumat serta kritikal.

"Peningkatan taraf hidup, proses pembandaran, akses pendidikan,
kemajuan teknologi maklumat, komunikasi serta pengangkutan merubah keutamaan, selera, sistem nilai dan profil pengundi Malaysia.

"Citarasa dan jangkaan mereka terutamanya golongan muda telah bertukar dengan mendadak," katanya pagi tadi

Najib mula sedar bahawa dengan perubahan demografi pengundi ini, sukar bagi Umno/BN untuk menipu dan mengelirukan pengundi dengan media tradisional mereka iaitu suratkhabar arus perdana dan TV serta radio. Beliau faham benar bahawa rakyat tidak lagi menelan bulat-bulat segala maklumat yang disiarkan dalam media pencacai Umno/BN. 

Bahang kesedaran rakyat untuk mencari kebenaran dengan mengakses kepada media alternatif sangat memeritkan Najib dan partinya sehingga beliau terpaksa menangguhkan PRU 13 hingga sekarang. Dalam keadaan yang teragak-agak Najib masih belum berani membubarkan parlimen walaupun pelbagai umpan dan habuah dicurahkan kepada rakyat dalam bentuk bantuan 'one off' dan sebagainya.

Kini beliau sedar rakyat sukar dgula-gulakan dengan apa juga bentuk. Sebab itu Najib tidak putus-putus berjanji untuk menjalankan transformasi dalam semua bidang.