Advertising

Saturday, September 12, 2009

Berbuka Puasa D' Madhad Islamiah Sadao Thailand

Rombongan Dari Malaysia dan Warga Madhad Sadao ThailandTerima Kasih Kepada Tuan Guru Baba Pengetua Madhad Sadao Thailand
Cikgu Zain & Tuan Guru Baba
Borak2 Selepas Solat Mahgrib
Hj. Adi & Pickup Siam
Amran Mengucapkan Selamat Pulang Kepada Tok Guru
Tuan Guru Baba & Hj. Adi
Hj. Adi, Mawee & Ikhwan
Berbuka Puasa
Keberkatan Berbuka Puasa Di Thailand
Ustaz Zul & Guru Madhad
Juadah Berbuka
Menuju Masjid Untuk Solat Mahgrib
Kegembiraan Terpancar Diwajah Orang Yang Berpuasa
Juadah Manisan Thailand
Gembira Menunggu Azan Mahgrib
Kemesraan Diantara 2 Negara
Doa Berbuka Oleh Tuan Guru Baba
Amran & Pengghulu Melayu Sadao
Ikhwan & Penghulu Melayu Sadao
Juadah Manisan Thailand
Borak2 Menunggu Masa Berbuka
Bangunan Masjid & Kelas
Amran Di Taman
Taman Yang Cantik Lagi Mendamaikan
Amran Di Kawasan Masjid Madhad
Masjid Madhad Ini Dibina Oleh Dato' Prof. Dr. Harun Din
Amran Di Pintu Masuk Madhad
Pelajar Madhad Di Hadapan Asrama Mereka
Amran Di Hadapan Rumah Tamu Madhad
Cikgu Zaki & Merc S320 Barunya
Tuan Guru Baba Mengucapkan Selamat Datang

Saudara Suki Selamat Menjalankan Ibadah umrah

Saudara Suki

Alhamdulillah, Saudara Suki selamat kembali ke tanah air pada Awal Ramadan yang lalu setelah mengerjakan umrah di Tanah Suci. Beliau mengerjakan umrah soerang diri melalui Jordan. Semua sahabat mengucapkan taniah dan gembira diatas kepulangan beliau. 

Sunday, July 19, 2009

Usrah D' Dusun Durian

Usrah & Tahlil kali ini diadakan di sebuah dusun durian di Kg. Lembah Arang Wang Tepus. Rakan2 Usrah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah kali ini kerana sudi menyediakan tempat serta makanan. Dan tuan rumah juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran ahli2 usrah.
Rakan2 Yang Hadir:
1. Abdullah
2. Mawee
3. Adi Anuar
4. Dr. Azlee
5. Amran Ali
6. Ikhwan Fadzil
7. Ustaz Zul
8. Ustaz Sani
9. Suki
10. Tuan Rumah
 

Sunday, June 14, 2009

Akhirnya Subash memeluk Islam

SEBELUM bergelar saudara baru, pengarah M. Subash atau nama Islamnya, Manaan

Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah.

Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.

Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu.

Akhirnya, tanggal 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu.

"Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di sini, semalam.

Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah.

Ustaz yang menghadapi masalah kewangan berasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolongnya untuk membina surau tersebut.

Menariknya, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya.

Ustaz Ibrahim Mat Isa


Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam.

Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam.

"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya.

Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu.

A MAN WHO PASSED AWAY WHILE IN SAJADAH IN MASJID-E-NABAWI (SA)

SubhanALLAH 
 
 
Here is a man who passed away while in sajdah in masjidul nabawi( Saudi Arabia) 

Prayer is the key to Paradise,there is no excuse to miss it 
Picture of a worshipper in Masjid An Nabawi who passed away while in Sajda during Prayer - Allahu Akbar - What a beautiful end!!! 
If a praying person knew to what extent he was surrounded by Allah's Mercy, he would never raise his head from Prostration/ 

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ... Because the Prophet (sallallaahu alayhi wa sallam) said: 
'Pass on knowledge from me even if it is only one Verse'

TAZKIRAH: 90 NAMA AL QURAN

Selain daripada nama AL QURAN, kitab Allah ini juga mempunyai nama nama lain yang di beri Allah kepada kitab nya itu.Ada Ulama telah menghitung nama nama AL QURAN hingga mencapai sehingga 90 nama.Namun yang termashur di antaranya ialah:
AL KITAB - Nama yang cukup sinonim dengan nama AL QURAN.Allah berfirman yang bermaksud: "KITAB ini tidak ada keraguan padanya." (Surah Al Baqarah:2)


AL FURQAN - yang bermaksud pembeza.Ini kerana AL QURAN adalah pembeza yang memisahkan antara yang hak dengan yang bathil atau kebenaran dengan kesesatan dan cahaya dengan kegelapan.Allah berfirman yang maksudnya, "Maha Suci Allah yang telah menurunkan AL FURQAN kepada hamba nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam." (Surah Al Furqan:1)


AL-ZIKR - yang bermaksud peringatan.Hal ni sungguh jelas sekali kerana AL QURAN itu merupakan peringatan kepada manusia dan jin. Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sesunggunya Kamilah yang menurunkan perigatan dan sesungguhnya Kami benar benar memeliharanya." (Surah Al Hijr:9)


AL-MUBIN, AL-KARIM,AL- KALAM dan AL-NUR adalah juga nama nama AL QURAN saperti yang di sebut oleh Imam Al Sayuti di dalam kitab nya Al-Itqan.



(Rujukan: Kitab Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan)